CABLE WRAP

Hi uolss. Tetibe terpanggil lak nak try menulis blog. Sebab nak membebel kat FB panjang sangat. Arini nak cite pasal anak2 i yg nakal. Biasalah anak bulus ni semuanya macam2 peel mcm orang la jugak macam2 perangai. Habis dikekahnye charger tepon mama dia. Mana taknyer cat tree dorang pun habis hancur dibuatnyer. Penangan 8 orang anak kan. Ni ketua famili si Diva Muezza bersama suami abg Sky.


Yang ni dah termasuk anak2 1st dan 2nd batch. Biasalah umah kecik so terpaksa bagi makan kat laman rumah (hall).


Dah memang habit bebudak ni, kalau ada bende baru, mesti nak cium, nak test. Sifat inkuiri si anak bulus kan. So dah cat tree musnah, terpaksa cari benda lain nak asah gigi. Hah sampai kabel charger ni patah digigitnyer. Kang ada plak kene renjatan tak pasal2. So gigihlah ke Kedai Ustat g beli cable wrap walopun balik kerja after 12am. Kirim kat membe je pown (cik fad). Murah jew RM1= 3 kabel wrap. Kedai lain punyalah mahal. Pitam jual satu kabel wrap tu RM3. Amboii cepatlah owner dia g naik haji yer. Boleh balik hari gamaknyer. Memula tak nak beli cable wrap tu sebab yakin anak2 tak gigit. So hadap jewlah yer


Ni dah orang nak wrap kabel, dorang dok buat gelang pulah dah! Hahaha. Cantik la sangat gelang korang kan. Yang wane biru tu alala comei sgt yer!

"Gelang Persahabatan"

Setelah berjam2 menggulung, membelit sampai merah dah tangan kak bell. So terhasillah....cantik gak yer. Balik nanti nak try tgk anak2 gigit. Lut tak! hahaha. Kalo gigit jugak tak taula nak cakap apa. Ujung2 ambek hanger jer (jentik telinga jer pun).


Hah cantik tak uols??? Kalo teringan nak buat gelang gi beli kat kedai ustat, then belit2 je kat tangan korang. K bye


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us